Mengganti tombol pintu yang rosak adalah kemahiran asas yang sangat berguna, terutama bagi mereka yang tinggal di rumah sendiri.
Masalah ini biasa berlaku, namun ramai membiarkannya begitu sahaja kerana tidak tahu caranya.
Sebenarnya, proses mengganti tombol pintu tidaklah sesukar yang disangka dan boleh dilakukan sendiri.
Berikut adalah panduan yang dikongsi oleh Ariff Fadzlie Mohtar.
Alat Diperlukan
Tombol pintu baru (boleh didapati di kedai seperti MR DIY, harga sekitar RM8).
Pemutar skru.
Langkah-Langkah Menukar Tombol Pintu
Langkah 1
Gunakan pencungkil yang disediakan bersama tombol baru untuk menekan punat pada tombol lama, kemudian tarik tombol keluar.
Langkah 2
Tanggalkan penutup tombol dan buka skru pada pelapik tombol menggunakan pemutar skru.
Langkah 3
Keluarkan tombol pintu lama sepenuhnya.
Langkah 4
Pada tombol baru, ulangi proses di Langkah 1 untuk mengeluarkan kepala tombol.
Langkah 5
Masukkan cangkuk pintu (bahagian 1) ke dalam lubang sisi tombol (bahagian 2).
Pastikan ia terpasang dengan kemas dan mencengkam, kerana jika tidak, tombol tidak boleh dipulas.
Langkah 6
Pasang kembali penutup dan skru pelapik tombol dengan kemas.
Siap!
Tombol pintu anda kini telah dibaiki. Proses ini mudah dan menjimatkan kos tanpa perlu memanggil tukang baiki.
Semoga panduan ini bermanfaat!