Bagi yang meniaga nasi lemak, pastinya penat nak menunggu telur rebus atas dapur gas, masuk sekejap nanti lembik, terlebih masak merekah.
Rupanya ada cara senang nak buat telur rebus, tak perlu guna dapur gas tapi hanya periuk nasi sahaja.
Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Cik Puan Ana yang berkongsi cara senang masak telur menggunakan periuk nasi yang menjimatkan masa.
Cara mudah rebus telur tanpa air
“Jimat masa dan tenaga. Tak sampai lima minit, telur masak elok tanpa ada cacat cela atau merekah.”
Bahan-bahan:
Telur (boleh letak banyak)
Tisu gulung besar – dua helai
Sedikit air
Cara-cara:
Basuh telur dulu.
Lapik dua helai tisu yang direnjis air dalam periuk nasi.
Pastikan tisu lembab sebelum susun telur di atasnya.
Tekan suis dan biarkan ia naik sendiri.
Kemudian biar ia rehat sekejap sebelum buka penutup periuk.
Bila dah sejuk boleh melu kupas telur.
Kalau tidak mahu menggunakan tisu, boleh sahaja guna tuala kecil yang dilembabkan.
Rata-rata netizen terutamanya yang menjual nasi lemak tidak sabar untuk menggunakan kaedah ini kerana ia lebih menjimatkan masa dan tenaga.
“Saya ni penjual nasi lema, hari-hari rebus guna gas, lama pula masa. Tak sabar nak ikut tips ini.
“Kalau ada pengukus dia, letak telur masa tengah masak nasi lemak, nasi dengan telur masak pada waktu sama, jimat elektrik,” komen netizen.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio