Cara masak sambal nasi lemak sedap, berhari-hari tak rosak

Oleh DAHLIA MARZUKI

Sarapan pagi tidak sah kalau ambil benda lain selain nasi lemak. Pastinya rakyat Malaysia akan mencari nasi lemak yang dibungkus dalam daun pisang.

Biasanya nasi lemak yang dibungkus dalam daun pisang, tidak boleh bertahan selama satu hari akan basi.

Kali ini kami akan ketengahkan resepi nasi lemak yang turun-temurun dan berhari-hari pun tidak akan basi.

Cara masak sambal nasi lemak sedap, berhari-hari tak rosak

Resepi ini diambil dari Facebook Masak Masak Makan Makan.

Bahan yang perlu ada ialah:

– Tumis 3 sudu bawang merah kisar sampai naik bau wangi.

– Masukkan 3 sudu besar ikan bilis yang dah dikisar. Kacau bagi sebati, jangan hangit.

– Masukkan 7 sudu besar cili kering kisar. Kalau nak pedas, masukkan lagi cili kisar.

– Masukkan 3 sudu besar gula melaka yang sudah dihancurkan. Kacau sebati dan biarkan ia masak. Api jangan besar dan jangan kecil, sederhana.

– Bila nampak sambal merah berkilat, masukkan 5 sudu kecil garam dan 7 sudu besar air asam jawa. Kacau dan biar ia mereneh.

– Apabila sambal dah mula pekat, masukkan 2 sudu besar gula putih dan 2 helai daun pandan. Kacau dan biarkan ia masak lagi.

– Setelah 20 minit sambal masak, boleh tutup api dan hidangkan.

Insya-Allah sambal nasi lemak cara ini tahan untuk beberapa hari dengan suhu bilik.

Selamat mencuba!

Baca juga: ‘“Kerana warden, mak ayah buang aku sampai tak mengaku anak, tak pernah jumpa dah lepas SPM, ayah meninggal pun aku tak tahu”