Cara masak ayam kampung lembut dalam masa 10 minit

Oleh DAHLIA MARZUKI

Bagi penggemar ayam kampung, pasti tahu betapa sukar untuk melembutkan daging ayam ini sebelum dapat menikmatinya.

Ini kerana ayam kampung tidak diberi suntikan hormon, menjadikan isinya lebih kecil berbanding ayam biasa.

Ikuti perkongsian daripada pengguna Lemon8, @snfkitchen_90, mengenai

cara mudah melembutkan ayam kampung menggunakan hanya satu jenis buah.

Menurutnya, salah satu petua orang lama untuk melembutkan ayam kampung yang keras adalah dengan menggunakan nenas.

Cara masak ayam kampung lembut dalam masa 10 minit

Enzim dalam nenas berfungsi untuk melembutkan daging ayam, menjadikannya lebih mudah dimakan.

Tip melembutkan ayam kampung menggunakan nenas:

Bahan-bahan:

Ayam kampung
Sebiji nenas
Cara-cara:

Kisar halus nenas sehingga ia menjadi jus.

Tuangkan jus nenas ke atas ayam kampung dan gaul rata.

Biarkan ayam sebati dengan jus nenas selama 5 hingga 10 minit. Jangan biarkan terlalu lama.

Bilas ayam kampung hingga bersih, dan ia siap untuk dimasak.
Selamat mencuba!

BACA: Hubungan tegang Pas Bersatu, punca 2 Adun Bersatu dipecat dari jawatan Exco