Cara keluar angin dalam badan paling berkesan, kos tak sampai RM5 pun

Oleh INFORAKYAT

Cara keluar angin dalam badan paling berkesan, kos tak sampai RM5 pun.

Kadang-kadang, badan kita akan mulai berasa lesu dan tidak ‘segar’ gara-gara keletihan membuat kerja pejabat dan aktiviti harian di rumah misalnya.

Satu perkongsian di Facebook baru-baru ini menjadi tular kerana ia dapat menghilangkan angin yang banyak di dalam badan selain membantu dari segi perubatan Islam seperti gangguan jin dan sihir.

Cara keluar angin dalam badan paling berkesan, kos tak sampai RM5 pun

Dalam hantaran tersebut, wanita itu ada menunjukkan amalan merendam kaki dalam garam kasar yang dicampurkan dengan lada hitam dan mendakwa ia mampu membuatkan badan kembali segar dan kurang lesu.

 

Malah, ia juga tidak menelan kos yang banyak dan boleh digunakan berulang kali.

Cara keluar angin dalam badan paling berkesan, kos tak sampai RM5 pun

Wanita itu juga menerangkan kebaikan merendam kaki ke dalam dua bahan ini, antaranya:

1. Badan jadi ringan.

“Saya duduk tenang (ketika rawatan) sambil selawat. Angin keluar dari badan kemain lagi. Penat juga lah asyik sendawa je, tapi syok habis. Lega, ringan, nyaman, aman. semua lah rasa..” tulisnya.

2. Sistem pencernaan lancar.

Katanya, setelah mengamalkan rawatan ini, sistem pencernaan turut menjadi lancar dan mudah membuang air kecil dan air besar.

3. Lutut tak lagi sakit.

Hari kedua saya buat Alhamdullilah dah boleh rasa perubahan. Lutut dah boleh lipat macam biasa. Tak rasa sakit dah.

4. Tidur nyenyak dan badan segar, tak letih.

Wanita itu turut mencadangkan agar orang yang mengalami insomnia agar mencuba rawatan tersebut.

Tulisnya lagi, rawatan tersebut juga dapat menghalau gangguan jin dan sihir dan cara-cara mengamalkan adalah lebih baik dimulakan dengan selawat ke atas Nabi, membaca ayatul kursi dan berniat agar Allah S.W.T menyembuhkan segala penyakit dan gangguan dalam diri kita.

BACA:

Tiba-tiba lebuhraya jadi sesak! Rupanya orang ramai berhenti kereta kutip wang tunai bersepah di tengah jalan!