Cara ‘jimat’ makan telur di Malaysia

Cara jimat makan telur di Malaysia

Cara ‘jimat’ makan telur di Malaysia. Susulan viral saranan Pengarah KPDNHEP Melaka agar kurangkan makan telur netizen mula menunjukan protes dengan ‘menganjing’ cara untuk jimat makan telur di Malaysia.

Telur ayam antara yang murah dan mampu dibeli segenap lapisan masyarakat hari ini telah naik harga.

Namun bagi mengatasi masalah ini orang ramai perlu kurang makan telur dengan meminta dikurangkan kepada 15 biji jika sebelum ini makan 20 biji.

Ekoran itu netizen mula melenting dengan saranan tersebut ramai yang mula menganjing saranan itu dengan menunjukkan cara-cara menggoreng telur yang sangat menjimatkan.

1 biji telur sahaja. Sebelahkan telur putih dan telur kuning. Jangan melawan, kata nak jimat.

Cara 'jimat' makan telur di Malaysia

Ameera daripada ahli gorup di Facebook Masak Apa Hari Ini menunjukkan cara-cara menggoreng telur, satu penjimatan di Malaysia.

Beliau menunjukkan cara itu dengan mengambil sebiji telur kemudian asingkan kuning telur dengan putih telur.

Kemudian ambil sesudu telur putih goreng diatas kuali kemudian letak telur kuning di atasnya, buatlah berapa berapa banyak yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil.

Untuk 1 biji telur tadi dapat 10 keping telur goreng. Ya Allah berkesannya cara ni. Allah sayang kita

Kelihatan beliau dapat menyediakan hampir ’10 biji telur’ hanya daripada 1 biji telur asal tadi.

“Dah telur mahal, kurangkan makan telur.

“Dah telur mahal, buat cara jimat.

“Langkah dan cara di setiap gambar.

“Selamat mencuba gais.

“Ini tahun 2022 occay!!” kata beliau.

Ramai yang memberi komen bersetuju dengan ‘cara penjimatan itu’ dan menyifatkan ia adalah satu langkah yang baik menyahut seruan kerajaan.

Bermula 1 Julai, harga bagi beberapa barangan keperluan mencatatkan sedikit peningkatan dengan kerajaan menetapkan harga siling baharu untuk barang mentah seperti ayam dan telur ayam.

Menerusi pengumuman kerajaan pada Rabu, harga runcit siling ayam bagi semenanjung ditetapkan pada harga RM9.40 sekilogram, naik 50sen daripada RM8.90.

Sementara itu harga siling telur ayam pula naik antara 2 sen bagi setiap gred iaitu 45 sen sebiji bagi Gred A, 43 sen sebiji bagi gred B; dan 41 sen sebiji bagi gred C.

Bagaimanapun, video memaparkan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar yang menyarankan orang ramai khususnya rakyat Melaka agar mengurangkan pengambilan telur berikutan harga baharu itu, sekaligus menimbulkan kemarahan ramai.

“Kita sebagai pengguna kalau dah tahu kenaikan harga telur tu tinggi, kalau boleh kita kurangkan sikit makan telur.

“Kalau satu minggu kita makan lebih kurang 20 biji, kita kurangkan jadi 10 atau 15 biji. Tak ada masalah.

“Itu adalah cara gaya hidup kita,” katanya dalam video yang dimuat naik di saluran YouTube Melaka TV.

BACA:

Sumber PMO dedah PRU November ini

Beli durian ‘Black Thorn’ RM117 dapat isi kosong

Vanida Imran pilih pesilat negara jadi suami

CATEGORIES