Cara elak terkena Slipped disc dengan buat langkah mudah berikut

Oleh DAHLIA MARZUKI

Slipped disc ialah satu masalah tulang belakang yang biasa dan boleh menyebabkan simptom seperti kesakitan dan kekejangan otot.

Antara sebab-sebab slipped disc adalah proses penuaan pada cakera tulang belakang, faktor mekanikal, dan trauma yang melibatkan tindakan atau kecederaan.

Biasanya, orang yang mengalami masalah ‘Slipped disc’ akan merasakan sakit di bahagian belakang mereka,

Cara elak terkena Slip Disc dengan buat langkah mudah berikut

dan jika kesannya teruk, mereka mungkin mengalami kebas di bahagian kaki.

Lebih teruk lagi, keadaan ‘slipped disc’ ini boleh menyebabkan kelemahan atau kecacatan pada kaki jika tidak diatasi dengan sewajarnya.

Orang ramai disarankan untuk mengambil tindakan pencegahan bagi mengelakkan slipped disc, seperti yang telah dikongsikan.

Apa yang dimaksudkan dengan slipped disc?

Cakera yang tergelincir di antara tulang belakang bermaksud ia keluar dari tempat asalnya. Ia boleh berlaku di mana-mana bahagian tulang belakang, sama ada di bahagian leher (cervical), tengah (thoracic), atau bahagian bawah (lumbar).

Gejala yang biasanya dirasai ialah rasa sakit di bahagian belakang, kelemahan pada kaki, mati rasa, dan kesakitan.

Jika ‘Slipped disc’ menjadi teruk, ia boleh menyebabkan keadaan lumpuh, mati rasa pada bahagian belakang, dan kehilangan kawalan untuk buang air besar serta kencing (cauda equina syndrome).

Masalah ‘Slipped disc’ adalah satu keadaan yang biasa ditemui di kalangan pesakit yang mengalami kesakitan pada bahagian belakang.

Cara Mencegah Slipped Disc:

  1. Memperbaiki postur badan
  2. Berhenti merokok
  3. Kerap bersenam
  4. Mengatasi tekanan
  5. Mengekalkan berat badan yang ideal
  6. Mengangkat barang dengan betul
  7. Menukar kedudukan dengan kerap
  8. Semoga info ini bermanfaat untuk anda.

Baca:Disebalik kemeriahan perkahwinan Putera Mateen, rupanya makanan dah berulat!