Cara buat cili jeruk jangan lupa masukkan benda ni

Oleh AHMAD SULAIMAN

Pada yang ada menanam cili padi atau cili besar tiba musim ia berbuah dan memang banyak marilah kita buat jeruk cili.

Jika banyak pula bimbang nak simpan tak tahan lama. Jadi kita buatlah jeruk cili ya.

Resepinya cukup mudah buat jeruk cili padi.Sebelum ni, ada juga buat jeruk cili padi tapi tak tahan lama.

Cara buat cili jeruk jangan lupa masukkan benda ni

Seleps beberapa hari akan berkulat walaupun simpan dalam peti sejuk.

Cili jeruk berkulat disebabkan cili tak direbus dulu dengan air bercampur cuka.

Alhamdulilah, kini dah jumpa cara yang betul buat jeruk cili padi. Tu sebab dikongsikan di sini.

Cara mudah buat jeruk cili padi ni cuma perlukan bahan seperti;

1) Cili padi (merah)
2) cuka
3) air
4) gula

Garam dan kapur ( jika ada ). Kalau nak guna cuka epal pun boleh. Nak guna lada besar juga boleh ya. Anda boleh juga hiris – hiris cili padi jika mahu.

1- Rendam cili padi dalam air kapur selama 15 hingga 30 minit . Lepas tu keluarkan dan cuci . Tujuannya supaya cili padi kekal rangup seperti masih segar / tak kecut.

2- Masukkan 1 cawan air ke dalam periuk , masak hingga mendidih.

3- Tutup api , masukkan cili padi . Bila cili padi dah tukar warna / layu , angkat.

4- Masukkan 1/2 cawan cuka , 1/2 gula dan 1/2 sudu kecil garam . Masak hingga mendidih.

5- Biarkan sejuk seketika.

6- Masukkan cili padi ke dalam bekas , lepas itu , tuangkan air yang bercampur cuka tu ya.

7- Simpan dalam peti sejuk semalaman . Esoknya dah boleh makan.

Selamat mencuba!

Baca juga:Hidup mewah hasil duit derma, rahsia ‘pemilik rumah anak yatim’ akhirnya terbongkar