Caprice payung RM1000 bayar denda jurutera conteng kedutaan Amerika undang pujian netizen

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Baru-baru ini, seorang jurutera projek berusia 23 tahun telah dikenakan denda sebanyak RM1,000 oleh Mahkamah Majistret

setelah dia menuliskan perkataan ‘terrorist’ pada dinding bangunan Kedutaan Amerika Syarikat (AS).

Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice, baru-baru ini telah menyelesaikan saman yang dijatuhkan ke atas jurutera tersebut.

Caprice payung RM1000 bayar denda jurutera conteng kedutaan Amerika undang pujian netizen

Caprice telah memuat naik satu resit perbankan sejumlah RM1,000 kepada akaun tertuduh melalui akun Instagramnya.

Caprice juga mengambil kesempatan untuk memuji keberanian jurutera tersebut dan berkata, “Selesai… Awak memang berani, dan kami sentiasa berdiri di belakang rakan pejuang kami yang memperjuangkan Al-Aqsa. Insya-Allah.”

Sebelum ini, Caprice telah meminta pengikutnya memberitahu jurutera tersebut bahawa dia akan membayar saman tersebut untuknya.

Sebagai makluman, Majistret Wong Chai Sia telah menjatuhkan hukuman denda kepada Ahmad Ridzwan Al Amin Azman Shah selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut. Mahkamah juga memerintahkan tertuduh akan dipenjara selama sebulan jika dia gagal membayar denda tersebut.

Ahmad Ridzwan dituduh melakukan khianat dengan menconteng perkataan ‘terrorist’ di dinding luar bahagian Utara Kedutaan Amerika Syarikat menggunakan penyembur cat warna merah yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM200.

BACA: Irene akhirnya buka mulut dedah hubungan sebenar dengan Syamsul Yusof