‘Cantiknyalah haii’, Rupanya ini anak Sultan Brunei hasil perkahwinan dengan bekas wartawan TV3

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

‘Cantiknyalah haii’, Rupanya ini anak Sultan Brunei hasil perkahwinan dengan bekas wartawan TV3

Malah, kecantikan mereka juga boleh dikatakan tiada tolok bandingnya.

Senang cerita, kalau nampak mereka di depan mata saja pasti kita akan terpegun dengan kecantikan dan ketampanan luar biasa mereka. Memang lain daripada yang lain!

'Cantiknyalah haii', Rupanya ini anak Sultan Brunei hasil perkahwinan dengan bekas wartawan TV3

Siapa saja yang tidak kenal dengan Putera ‘Abdul Mateen iaitu anak kepada Sultan Brunei bukan? Beliau menjadi perhatian dunia apabila rupa parasnya berjaya menambat hati ramai gadis.

Baru-baru ini, seorang lagi cahaya mata Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah menjadi perhatian serta bualan netizen di TikTok.

Lihat video itu di bawah:

Kian meningkat remaja, ramai terpegun dengan kecantikan Puteri Ameerah

Menerusi perkongsian video daripada @thehuman_5, kelihatan beberapa gambar candid Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengeran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah telah berjaya mencuri perhatian netizen.

Rupa parasnya yang semakin cantik dan menawan dikatakan persis seperti ibunya, Azrinaz Mazhar Hakim ketika di usia mudanya dulu.

Walaupun baru berusia 15 tahun, rupa paras Puteri Ameerah kelihatan sangat matang dan ‘expensive’. Menurut sumber, kini beliau belajar di Sekolah Antarabangsa Jerudong (Jerudong International School Brunei) sejak 2017 sehingga kini.

@thehuman_5 📸💐 #princessameerah #bruneiroyalfamily #thehuman_5 ♬ bunyi asal – HELLO


“She looks so expensive! Exactly like her mom” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 826.4K views, 74.6K likes dan 2.9K shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terpegun dengan kecantikan asli Puteri Ameerah itu.

BACA:

“Lepas 10 tahun melayari bahtera rumah tangga, tiba-tiba satu pagi tu suami minta sesuatu kat isteri denan alasan tak masuk akal! Aku terkedu bila dengar permintaan suami”