Calon Shafie : Amanah dan DAP akan rujuk majlis presiden PH terlebih dahulu

Calon Shafie : Amanah dan DAP akan rujuk majlis presiden PH terlebih dahulu

Amanah dan DAP hari ini memaklumkan keputusan menamakan Datuk Seri Shafie Apdal sebgai calon perdana menteri PH Plus dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai TPM akan dibincang dalam mesyuarat PH terlebih dahulu.

Menurut mereka, perbincangan secara informal itu telah mencapai satu persefahaman namun ia perlu melalui proses persetujuan parti gabungan PH terlebih dahulu sebelum dimuktamadkan.

Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan persetujuan yang telah dicapai antara pihaknya dengan Warisan, Amanah dan DAP melalui pertemuan sebelum ini.

Berikut kenyataan bersama Amanah dan DAP :

KENYATAAN MEDIA BERSAMA AMANAH DAN DAP

Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengambil maklum kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas pertemuan tidak rasmi (informal) 2 hari yang lalu dan cadangan untuk menamakan Dato Seri Shafie Apdal sebagai calon baharu Perdana Menteri.

AMANAH dan DAP berpandangan ia sebagai suatu opsyen baharu untuk merealisasikan usaha mengembalikan semula mandat rakyat yang telah diberikan kepada gabungan Pakatan Harapan dan WARISAN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

Walaubagaimanapun, cadangan tersebut perlu dibincangkan di peringkat kepimpinan pusat AMANAH dan DAP terlebih dahulu dan seterusnya dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk diputuskan bersama.

MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara

LIM GUAN ENG
Setiausaha Agung
Parti Tindakan Demokratik

COMMENTS