Calon PH Dun Machang Bubuk tiba-tiba rebah di Pusat Khidmat lepas balik kempen

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Calon PH Dun Machang Bubuk tiba-tiba rebah di Pusat Khidmat lepas balik kempen

Calon PH daripada PKR bagi kerusi DUN Machang Bubuk Lee Khai Loon dilaporkan pengsan di pusat khidmatnya, di Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini.

Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata Lee, 45,

Calon PH Dun Machang Bubuk tiba-tiba rebah di Pusat Khidmat lepas balik kempen

rebah sebaik tiba di pusat khidmatnya selepas pulang daripada berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di kawasan Machang Bubuk kira-kira 11 pagi tadi.

“Khai Loon mungkin keletihan akibat cuaca panas pagi ini, namun dia telah sedar seketika tadi dan dalam keadaan stabil sekarang, tiada apa-apa (penyakit) yang serius dengan Khai Loon…dia tidak dihantar ke hospital dan berehat di rumahnya hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Muhammad Bakhtiar yang juga ahli parlimen Balik Pulau berkata semua program dan kempen Lee hari ini dibatalkan, namun jentera parti akan meneruskan kempen yang telah dirancang termasuk menemui pengundi-pengundi di kawasan itu.

“Dia memang seorang yang kuat bekerja dan saya difahamkan sejak memulakan kempen pada 29 Julai lepas, dia turun padang untuk bertemu sebanyak mungkin pengundi di kawasan Machang Bubuk,” katanya

BACA: Mira panggil View Chin ‘sayang’, netizen terbayang macam mana Mira ‘mengeletis’ dengan View Chin di Bali