“Call aku merayu minta bayarkan tunggakan kereta Civic apa entah, cermin kereta aku sendiri pun ikat cable tie, aku tak tau nak tolong camna..”

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Call aku merayu rayu minta tolong bayarkan tunggakan kereta 5 bulan. Surat repo dah keluaq, kereta sorok rumah kawan.

Dah tak ada transport nak bergerak pi sana pi sini. Terpaksa pi kerja naik public transport. Bila tanya kereta apa?

Civic apa entah baru pakai 2 tahun, full loan.Aku bukan tau sangat pun model² kereta.

"Call aku merayu minta bayarkan tunggakan kereta Civic apa entah, cermin kereta aku sendiri pun ikat cable tie, aku tak tau nak tolong camna.."

Jadi, aku tak tau nak tolong macam mana sebab kereta aku pun main ikat cable tie. Dah 2 tahun side mirror ni lekang, kadang² aku ikat tali rapia.

Baru ni bawak anak² berjalan lekang pulak. Aku singgah DIY beli cable tie beli gam epoxy dan ikat ketat² insyaAllah tak jatuh dah.

Lantak la orang nak kata huduh. Aku yang nak bawa aku yang nak menten, bukan depa. Kalau nak beli seketoi yang original boleh tahan harga dia.

Pakai dulu la. Bukan kena sita JPJ pun bila ikat cable tie kat situ.

Kerja aku pun tak memerlukan aku tayang kereta mahal² dan imej yang mewah². Yang perlu jaga imej perlu menyakinkan pelanggan, jika mampu silakan.

Masa nak ganti kereta lama aku yang milage mencecah 400k km dulu, aku ada ja duit nak beli alpad sebijik, hasil kerja keras bertahun tahun.

Tapi aku pi beli kereta kak ampa dulu. Dia lagi nak guna kereta sebab dok ulang pi kerja tiap hari. Jadi aku beli la kereta Jepun yang elok sikit bagi kat dia.

Beli pun 2nd hand secara tunai. Malas nak hutang. Kak ampa isi minyak ja. Roadtax insuran nanti kita tong tong la sorang sikit.

Bila ada duit lebih sebab tak jadi beli alpad, aku beli pula kereta biasa yang besaq, muat anak aku 5 orang yang juga dah besaq.

Beli dengan kiraan muat 7 beranak, mentenen tak tinggi dan bebas hutang. 2 buah kereta aku bebas hutang.

Memang beli semata mata nak ganti kereta lama yang dah lunyai. 1st time bawak kereta ni jumpa kawan² depa ingat aku ustaz Kafa nak pi bagi ceramah kat kampung depa.

Depa tanya kitab mana kitab? Tabung Milo bawa tak? Harreeyy betoi!!

Kereta lama aku pakai 12 tahun, kereta ni pun mungkin aku pakai sampai lunyai baru pikiaq beli kereta lain. Tu pun kalau panjang umoq.

Anak² muda. Hidup ni kita kena tahan sikit nafsu. Jangan kerana nak nampak best di mata kawan dan kaum keluarga, kita terpaksa berputih mata di hari tua.

Kalau berasa tak mampu dan tak menentu, jangan cuba². Kalau rasa mampu dan perlu, silakan. Semak dulu kudrat dan keupayaan, congak dulu apa yang bakal berlaku di depan.

Untuk kes macam ni, aku tak pernah layan. Pi la sembang dengan bank elok² dan cari jalan penyelesaian.

Kalau rasa tak boleh pi, bersedialah untuk korbankan mana yang patut, betulkan balik jalan. Moga dipermudahkan.

BACA: Dua Tahun Menyamar Jadi Doktor Kerja Di Hospital dan gaji RM2,286, Gara – Gara Temuduga Melalui Video Call Je