Cadangan tukar warna logo halal ikut warna ‘lampu isyarat’ dipertikai

Cadangan tukar warna logo halal ikut warna ‘lampu isyarat’ dipertikai

Adakah terdesak sangat mereka yang kempen Buy Muslim First sekarang ini? Sampai kempen mendesak kerajaan terutamanya agensi JAKIM dalam menetapkan logo Halal mengikut warna.Cadangan logo pun dah macam warna traffic light ajer.

Logo Halal JAKIM sekarang adalah logo yang diiktiraf seluruh dunia. Tak pasal-pasal Pensijilan Halal yang diiktiraf beberapa negara dunia menjadi sasaran kumpulan yang sudah mula gagal dan mula nampak lemah dalam kempen BMF selama ini.

Pihak yang memperolehi sijil pemegang halal Malaysia bukan senang-senang diperolehi dari JAKIM mahupun JAIN. Prosedurnya yang amat ketat dan pengauditan yang tegas sebelum sesetengah pihak memperolehi Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Pensijilan Halal Malaysia ni bersifat menyeluruh dan melibatkan amalan halal yang bersepadu antara pemohon dan pihak berkuasa. Pihak berkuasa akan memastikan pihak pemohon mewujudkan mekanisma kawalan dalaman supaya pematuhan halal berlaku setiap masa di samping pemantauan pihak berkuasa.

Kalau nak tengok betul atau tak cubalah mohon. Ramai yang sembang kencang, sekali kami datang cek, baru tahu huru hara dia…kalau tak ada amalan halal yang konsisten, lupakan sahaja niat nak mohon pensijilan halal.

Pemegang sijil halal ni saling melengkapi antara satu sama lain, ada rantaian bekalan yang akan dipenuhi oleh pelbagai jenis produk. Kalau nak kata produk bukan muslim tak boleh dapat sijil halal, berapa ramai usahawan muslim akan terkesan kerana kebanyakan bekalan bahan mentah dipelopori syarikat bukan muslim. Pensijilan halal yang akan menjadi solusi kepada jaminan halal yang membantu usahawan muslim mendapat bahan mentah yang disahkan dan diyakini status halalnya.

Lebih baik seluruh rakyat sama-sama perkasakan sahaja logo Halal sedia ada serta mengambil cakna jika ada penyalahgunaan logo. Jangan rosakkan dengan isu-isu atau tohmahan yang tidak berasas.

Sumber :