Cacar monyet makin ‘gila’ serang lelaki gay. Pihak berkuasa kesihatan Britain sedang menyiasat empat lagi kes virus cacar monyet di England, menjadikan bilangan pesakit yang disahkan sejak 6 Mei lalu meningkat kepada tujuh orang, lapor laman berita Wion News semalam.
Agensi Keselamatan Kesihatan (UKHSA) menyatakan dalam satu kenyataan bahawa siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti kaitan antara empat kes jangkitan terbaharu di London itu yang sebelum ini dikatakan tidak mempunyai hubung kait dengan tiga kes lain.
Empat kes baharu itu tiada kaitan dengan aktviti melancong ke negara di mana cacar monyet adalah endemik. Lokasi, cara dan kaitan antara kes masih dalam siasatan, kata agensi sama.
Penyakit cacar monyet jarang berlaku dan menyerupai jangkitan virus cacar yang telah dihapuskan pada tahun 1980.
Walaupun cacar monyet jauh lebih ringan daripada penyakit cacar dengan pesakit biasanya pulih dalam masa beberapa minggu sahaja, ia masih boleh membawa maut dalam kes tertentu.
Kesemua empat pesakit itu dikenal pasti daripada golongan gay, biseksual atau lelaki yang melakukan hubungan intim dengan lelaki lain, jelas UKHSA.
“Ini jarang berlaku dan luar biasa.
“UKHSA sedang menyiasat punca jangkitan ini kerana bukti menunjukkan terdapat penularan virus cacar monyet dalam komuniti yang disebarkan oleh kontak rapat,” kata ketua pegawai kesihatan UKHSA, Susan Hopkins dalam kenyataan tersebut.
Beliau berkata, agensi itu menggesa lelaki gay dan biseksual untuk mengesan sebarang ruam atau luka luar biasa pada badan dan menghubungi perkhidmatan kesihatan seksual tanpa berlengah-lengah.
BACA:
Pengarah Syarikat dedah beri wang kepada Zahid setiap bulan dalam Dollar Singapura
Maria Farida pakai baju tali halus sambil peluk anak lelakinya tarik perhatian, “ingat pakwe..”
Tengku Zafrul tegaskan OPR naik beri manfaat kepada M40, tak bebankan peminjam