Seorang warga emas dari Thailand tekad untuk mencari anak lelakinya yang telah lama hilang
Dengan memulakan perjalanan selama 14 hari dari Nakhon Ratchasima ke Chon Buri, lapor laman berita Thaiger hari ini.
Lung Lek Wongjaiya, 85 tahun, menghadapi perjalanan yang penuh cabaran dengan hanya berjalan kaki sambil menggunakan tongkat.
Tekadnya untuk bertemu semula dengan anak sulungnya yang telah hilang hampir sedekad mendorongnya untuk meneruskan usaha itu.
Perjalanan bermula setelah Lung Lek pergi ke Nakhon Ratchasima untuk mencari anaknya, namun dia mendapati bahawa anaknya telah berpindah.
Setelah menghabiskan 2,000 baht (RM262) yang dibawanya untuk tambang teksi motosikal, Lung Lek hanya mempunyai baki 8 baht (RM1.04), memaksanya untuk berjalan kaki pulang ke kampung halamannya.
Dengan hanya sepasang pakaian, Lung Lek terpaksa berhenti di mana sahaja untuk berehat, namun kebaikan orang ramai memberi sokongan kepadanya sepanjang perjalanan.
Menyedari nasib Lung Lek, seorang wartawan menawarkan bantuan dengan mendapatkan tiket bas untuknya pulang ke Chon Buri.
Pemilik syarikat bas turut memberikan tambang istimewa dan memastikan Lung Lek selamat sampai ke rumah.
Walaupun telah kembali ke rumah, pencarian Lung Lek untuk anaknya diteruskan, dengan beberapa agensi yang berkaitan dilaporkan sedang berusaha untuk menjejaki lelaki tersebut.
BACA: Berhati-hati buat keputusan sebagai penjawat awam, Hakim sekolahkan Guru Besar