Bunuh diri di jambatan Pulau Pinang makin parah, polis tubuh unit khas

Bunuh diri di jambatan Pulau Pinang makin parah, polis tubuh unit khas

Bunuh diri di jambatan Pulau Pinang makin parah, polis tubuh unit khas. Polis menubuhkan unit tindakan khas melibatkan anggota trafik untuk meronda di Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di sini dalam usaha menangani cubaan terjun ke laut di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, tindakan tersebut dilakukan susulan banyak kejadian cubaan sedemikian di kedua-dua lokasi itu, kebelakangan ini.
Beliau berkata, berdasarkan statistik, sebanyak 20 kes bunuh diri di kawasan itu sejak tiga tahun lalu dengan lapan kes dicatatkan tahun ini setakat Mei lalu.

“Secara purata seramai 77 orang di negeri ini membunuh diri setahun dalam tempoh tiga tahun lalu iaitu antara 2020 hingga tahun ini setakat Mei lalu.

“Daripada jumlah itu, seramai 78 orang membunuh diri pada 2020, 114 (2021) dan 41 (setakat Mei tahun ini) menjadikan jumlah keseluruhannya seramai 233 orang.

“Kesemua kes ini adalah di bawah bidang kuasa polis menerusi siasatan mati mengejut (SDR) dan tidak ada satu kes pun yang terlepas daripada siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini .

Bunuh diri di jambatan Pulau Pinang makin parah, polis tubuh unit khas

Mohd Shuhaily berkata, isu tersebut turut dibawa kepada Kerajaan Pulau Pinang dan polis sedia bekerjasama dengan beberapa pihak lain termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam mencari penyelesaian kepada insiden tersebut.
Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada pihak berkuasa lain khususnya yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat seperti Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

(Maritim Malaysia) dan orang awam seperti nelayan serta kumpulan pemancing.
Menurutnya, Pasukan Polis Marin Wilayah 1 yang berpangkalan di Batu Uban berjaya menyelamatkan sekurang-kurangnya 10 individu di kawasan berkenaan sepanjang tiga tahun lalu.

Orang ramai dialu-alukan membuat aduan sekiranya berhadapan masalah ketidakstabilan emosi.
Mereka boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi kepada para sukarelawan terlatih di Befrienders.
Befrienders ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.

BACA:

Bayi cukup umur 6 bulan diarah cucuk vaksin Pfizer

Media Sosial Jasmin Hamid diserang komen lucah selepas kena sakit jantung

Cuti sekolah : Trafik di Plaza Tol mulai sesak

CATEGORIES