Bung Mokhtar kena buang dari kabinet Hajiji

Bung Mokhtar kena buang dari kabinet Hajiji

Bung Mokhtar kena buang dari kabinet Hajiji. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin telah digugurkan daripada Kabinet baharu Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Bung Moktar mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah I pada s9 september 2020 dan memegang portfolio Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Dalam rombakan Kabinet terbaharu Hajiji mengumumkan Presiden STAR Datuk Seri Dr. Jeffery Kitingan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Menteri Pertanian.

Bung Mokhtar kena buang dari kabinet Hajiji

Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Dr. Joachim Gunasalam sebagai Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Keramat (UMNO) Datuk Ir. Shahelmey Yahya sebagai Timbalan Ketua Menteri III dan Menteri Kerjaraya.

Dalam kenyataan hari ini, Hajiji berkata, rombakan Kabinet adalah perlu dan bertujuan memperkukuhkan kerajaan negeri serta bersifat inklusfi dengan memasukan Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Harapan.

“Menyedari keperluan untuk membentuk satu pentadbiran inkusif, saya telah memasukkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pakatan Harapan ke dalam Kabinet sebagai tambahan di samping wakil dari UMNO/BN dan GRS.

Adalah penting bagi Kerajaan Negeri di bawah pimpinan saya dapat berfungsi sebagai satu pasukan yang bersatu padu, dengan berkongsi aspirasi yang sama uang diina atas kepercayaan dan saling menghormati,” katanya.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri berazam untuk mempunyai pemimpin yang beriltizam untuk bergerak sehaluan.

Pemimpin terbabit juga menghargai keperluan bagi memastikan usaha membangunkan negeri berjalan dengan lancar dan tanpa sebarang ganggungan seperti yang diharapkan oleh rakyat.

“Kestabilan politik adalah penting untuk mencapai matlamat ini.

“Bersama satu pasukan yang kukuhkah kami akan memastikan pelaburan dinamik kerajaan negeri dapat dikekalkan, seterusnya meningkatkan keyakinan pelabur di sampaing dapat menarik lebih ramai lagi untuk datang melabur ke Sabah.

“Kita perlu memastikan momentum pembangunan kita terus maju ke hadapan dan seterusnya dapat memenuhi janji-janji pilihan raya kita kepada rakyat dan negeri,” katanya.

Turut dilantik adalah Datuk Seri Masidi Manjun sebagai Menteri Kewangan, Datuk Jahid Jadim sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Mohd. Ariffin Mohd. Arif sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Datuk Ellron Angin sebagai menteri Belia dan Sukan, Datuk James Ratib (BN) sebagai Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahreraan Rakyat, Datuk Liew Chin Jin (PKR) sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dan Phoong Jin Zhe (DAP) sebagai Menteri Pembangunan Perindusrian.

BACA JUGA :

Muhyiddin buka mulut isu seleweng RM92.5 billion

Presiden UMNO: KJ sahkan bertanding lawan Zahid

Jalan di Selangor akan diturap secara besar-besaran tak lama lagi

CATEGORIES