Bulan 3 mereka masih ada gaji, bulan 4 masih belum menentu

Bulan 3 mereka masih ada gaji, bulan 4 masih belum menentu

Awal pagi semalam, Ketua AWAN NS, Pn. Norwani dan Pn Fauziah (Ketua AWAN Rembau) menghantar pek beras kepada wakil pekerja ORANG ASLI iaitu En Norman yang ada di DUN Paroi. Ada 63 orang pekerja yang terdiri daripada masyarakat orang asli di salah sebuah kilang di Senawang dan buat masa ini kilang tersebut terpaksa ditutup dalam fasa PKP.
.
Bulan 3 mereka dapat gaji dan bulan 4 ini masih belum tahu lagi bagaimana nasib mereka. En Norman memaklumkan, ada antara mereka yang telah berkeluarga dan tinggal di 3 penempatan berbeza iaitu di;
🔸Tmn Marida
🔸Senawang Lama
🔸Catheleya
.
Menurut En Norman, pekerja di kalangan masyarakat orang asli ini berasal dari 3 pos berbeza iaitu;
Pos Pawong, Perak
Pos Slim, Perak
Pos Bihai, Kelantan
.
Ada antara mereka yang telah berkeluarga dan ada juga bayi 3orang dalam kelompok ini. Ada antaranya yang telah memeluk Islam.
.
AWAN Rembau agihkan beberapa kampit beras untuk diberikan kepada mereka dan di sebelah rumah tersebut terdapat warga Myanmar seramai 8orang. Mereka memandang kami dari jauh dan tersenyum memohon simpati.
.
Nampaknya mereka juga menunggu dan berharap ada bantuan khususnya beras untuk mengisi perut. Kami cuba bantu apa yang kami ada dan inshaAllah kita usahakan yang lain-lain untuk bantu mereka.
.
Terima kasih Pak Ali, Pn. Norwani dan Pn Fauziah yang bersama-sama turun padang menyantuni dan menjejaki golongan yang memerlukan ini. Kita cuba bantu selagi kita mampu.
.
Buat rakan-rakan yang ingin menyumbang, boleh hubungi kami, AWAN Rembau. Kita usahakan agar bantuan terus sampai kepada mereka yang memerlukan.
.
Terima kasih saya ucapkan kepada sahabat-sahabat, rakan-rakan yang terus memberikan sumbangan kepada insan yang memerlukan. Ganjaran pahala saya panjatkan untuk kalian Tidak mampu saya membalasnya.

Sumber:

COMMENTS