Bukti utama punca kemalangan maut ditemui di pusat sampah

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Dalam perkembangan terbaru, pihak polis telah berjaya menemui komponen rim besi yang dipercayai

Menjadi punca utama kemalangan maut di Kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara pada 23 Disember lalu.

Menurut laporan Berita Harian, rim tersebut ditemui di sebuah pusat pelupusan sampah di Jalan Solok, Tangkak, Johor, selepas ia diserahkan oleh subkontraktor Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (PROPEL).

Rim Lori Dihantar ke Jabatan Kimia untuk Analisis

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, mengesahkan bahawa komponen rim lori itu akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis bagi mengesahkan punca kemalangan tersebut.

Bukti utama punca kemalangan maut ditemui di pusat sampah

Sebelum ini, Malaysia Gazette melaporkan bahawa pihak polis sedang giat mencari tayar lori yang dikatakan tercabut dan menjadi punca kemalangan maut yang mengorbankan tujuh nyawa.

Rakaman dashcam dan kenyataan pemandu lori yang terlibat juga menyebut bahawa tayar lori itu tercabut dan terbaring di lorong tengah.

Tayar Lori Tidak Ditemui di Lokasi Kejadian

Ashari Abu Samah menjelaskan bahawa tayar lori tersebut belum ditemui di lokasi kejadian.

Menurut pegawai operasi Propel, sisa-sisa daripada kemalangan telah dibawa oleh lori roro (pengangkut sampah) ke tempat pelupusan.

Kemalangan Melibatkan Lima Kenderaan

Untuk makluman, kemalangan ngeri melibatkan lima kenderaan, termasuk sebuah bas persiaran, dua lori, sebuah kereta, dan sebuah MPV, yang mengorbankan tujuh nyawa.

Selain itu, 33 individu dilaporkan cedera akibat insiden tersebut yang berpunca dari tayar lori yang tercabut di lorong tengah lebuh raya.

BACA: Proses imigresen di KLIA jadi lebih pantas! Hanya gunakan MyBorderPass je