Bukti ramai merana di zaman Madani, “Ramai terpaksa beratur makan maggi tepi jalan”

Oleh AHMAD SULAIMAN

Kini tular di media sosial mengenai orang ramai yang sanggup beratur panjang hanya untuk mendapatkan

semangkuk maggi pada waktu malam, yang telah menarik perhatian warganet.

Menerusi sebuah video yang tular, kelihatan orang ramai beratur panjang di sebuah gerai tepi jalan untuk mendapatkan maggi goreng.

Dalam video itu, turut disertakan harga bagi setiap hidangan maggi goreng yang disediakan.

Walaupun maggi tersebut boleh dimasak sendiri di rumah, ramai yang tetap beratur untuk membelinya.

Bukti ramai merana di zaman Madani, "Ramai terpaksa beratur makan maggi tepi jalan"

Namun, tindakan orang ramai yang sanggup beratur panjang demi mendapatkan maggi goreng pada waktu malam ini ada yang menganggapnya sebagai sesuatu yang tidak berbaloi dan hanya membazirkan masa.

Beberapa warganet turut menyindir dengan menyatakan bahawa masyarakat kini semakin susah sehingga terpaksa beratur untuk membeli makanan seperti maggi di tepi jalan. Seorang pengguna X yang dikenali sebagai TokPerak8 berkata, “Rakyat hidup susah sekarang, terpaksa beratur makan maggi tepi jalan. Allahu Akbar.”

Sebelum ini, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus turut menegur tindakan peniaga dan pelanggan yang terlalu taksub dengan fenomena viral, terutama apabila melibatkan makanan.

Ustaz Azhar Idrus meluahkan rasa terkilan kerana ada yang sanggup beratur sehari sebelum kedai dibuka demi mendapatkan makanan viral tersebut.

“Beratur dari 12 malam, pukul 9 pagi esok baru kedai buka. Patutnya esok la pergi beratur. Ini cerdik ke bodoh? Bukannya kita kelaparan enam tahun tiada makanan.

Itu penyakit akhir zaman, kasih kepada viral, kasih kepada kemegahan dan rasa hebat,” tegasnya sebelum ini.

BACA: Siapa sangka kucing jalanan dari Malaysia tapau ikat tepi semua kucing baka bangsawan*