Salah satu pusat beli-belah terkemuka di negara ini, IOI City Mall, kini sedang mencari imam sepenuh masa untuk memimpin solat di surau serba baharu mereka.
IOI City Mall menggunakan platform pencarian kerja Jobstreet bagi membuka peluang
kepada sesiapa yang berminat serta mempunyai kebolehan untuk memimpin solat di surau mereka.
Antara tugasan yang perlu dilaksanakan oleh imam yang terpilih termasuklah memimpin solat fardhu lima waktu,
solat sunat terawih, solat sunat Aidil Fitri, dan solat Jumaat.
Selain itu, imam juga perlu membacakan khutbah yang berinspirasi kepada jemaah setiap kali solat Jumaat diadakan.
Imam yang terpilih juga akan bertanggungjawab untuk menguruskan program pendidikan agama, termasuk kelas al-Quran dan pengajian Islam
, serta menawarkan kaunseling rohani dan emosi kepada ahli masyarakat mengenai pelbagai isu peribadi dan agama.
Berikut adalah beberapa tugasan lain yang perlu dilakukan oleh imam yang terpilih:
-Menjalankan perkhidmatan pengebumian dan memberi sokongan kepada keluarga yang mengalami kehilangan.
-Bekerjasama dengan lembaga atau jawatankuasa masjid mengenai perancangan strategik dan pengurusan operasi masjid.
-Mengawasi pengurusan dan kemudahan surau lain serta memastikan ia diselenggara dengan baik.
-Berkhidmat sebagai wakil masjid di media dan dalam majlis-majlis awam.
Setelah surau baharu itu siap, solat Jumaat pertama akan diadakan bermula pada 6 September dari jam 12 tengah hari hingga 3 petang. Lokasinya terletak di Musalla, East Wing, IOI City Mall, di belakang Poh Kong.