Bukan setakat nombor ekor, semua jenis perjudian turut dibenarkan beroperasi – Najib

Bukan setakat nombor ekor, semua jenis perjudian turut dibenarkan beroperasi – Najib

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memuat naik satu kenyataan yang menyentuh berkaitan pembukaan seluruh sektor perjudian di Facebook peribadi beliau hari ini.

Hantaran yang dimuat naik sekitar jam 3 petang itu telah menarik lebih dari 10ribu tanda “like” dengan komentar yang mencecah 1,800 dan perkongsian sebanyak 493.

Najib menulis “Bukan sahaja semua kedai empat nombor ekor dibenarkan tetapi seluruh sektor perjudian (termasuk kelab jackpot dan Genting) juga dibenarkan untuk beroperasi bermula semalam walaupun kita masih dalam tempoh PKP+Darurat.”

“‘Prihatin Rakyat: Darurat Memerangi Covid-19′, kata surat Kementerian Kewangan yang diedarkan kepada semua operatior perjudian seluruh negara semalam.” ujar beliau lagi.