Bukan saja-saja tulis 12m 18m, rupanya ini maksud sebenar disebalik nombor

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Macam mana kita boleh mengetahui berapa lama produk boleh digunakan?

Biasanya, kita akan merujuk kepada tarikh luput yang tertera seperti ‘EXP: DD/MM/YYYY’.

Namun, tahukah anda bahawa terdapat petunjuk lain yang memberitahu berapa lama produk boleh digunakan?

Banyak yang mungkin tidak perasan simbol ‘bekas terbuka’ kecil yang sering dilihat pada produk kecantikan dan kesihatan.

Simbol ini sebenarnya dikenali sebagai PAO (Period After Opening), dan ia memberi maklumat penting tentang tempoh keselamatan produk selepas dibuka.

Bukan saja-saja tulis 12m 18m, rupanya ini maksud sebenar disebalik nombor

PAO biasanya disertakan dengan nombor yang diikuti huruf ‘m’, yang menunjukkan tempoh dalam bulan.

Sebagai contoh, jika anda melihat ’12m’ pada simbol tersebut, ini bermakna produk tersebut masih selamat untuk digunakan selama 12 bulan selepas dibuka.

Adakalanya, terma ‘expiry’ pada produk mungkin tidak lagi jelas atau hilang apabila produk sering dibuka dan ditutup, menyebabkan tarikh luput asal tidak dapat dilihat dengan jelas.

Jadi, simbol PAO ini adalah cara yang mudah dan praktikal untuk kita memahami berapa lama produk boleh digunakan selepas dibuka, walaupun tarikh luput mungkin tidak lagi terbaca dengan jelas pada produk tersebut.

BACA: Kerap lalu tapi tak ramai tahu sejarah disebalik nama Raja Chulan