Tertuduh dalam kes langgar mati pelajar tingkatan lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie,
Telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh semalam dengan tujuan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Walau bagaimanapun, polis menafikan dakwaan bahawa tertuduh diberikan layanan istimewa atau ‘double standard’ kerana dikawal oleh kenderaan escort daripada pihak polis.
Menurut Datuk Azizi Mat Aris, Timbalan Ketua Polis Perak, kawalan ketat terhadap tertuduh adalah langkah prosedur biasa apabila melibatkan kes yang menarik perhatian ramai.
Prosedur biasa di sini melibatkan pesalah menerima ‘escort’ (iringan) dari balai polis sebelum dibawa ke mahkamah dan dihadapkan kepada hakim.
Beliau menjelaskan bahawa kes ini tidak dianggap sebagai kes berprofil tinggi, tetapi ia menarik perhatian awam. Oleh itu, kawalan yang ketat diperlukan untuk memastikan keamanan dan ketenteraman di kawasan mahkamah.
Azizi menegaskan bahawa situasi ini sama seperti pesalah lain yang menghadapi perbicaraan, dan langkah-langkah keselamatan diambil untuk menjaga keamanan awam di kawasan mahkamah.