Pernah tertanya mengapa kerusi milik Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail,
Diletakkan di tengah-tengah antara takhta Sultan Johor dan Permaisuri Johor?
Semasa sambutan ulang tahun ke-65 Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 22 November tahun lalu,
kerusi putera sulung Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail, menjadi perhatian ramai.
Kedudukan kerusi tersebut bukanlah secara kebetulan. Ia membawa mesej penting berkaitan kesinambungan takhta kerajaan negeri Johor.
Seorang pengguna TikTok dengan akaun @starafmedia menjelaskan perkara ini dalam sebuah hantaran yang menjadi tular di platform tersebut.
Menurutnya, kedudukan kerusi Raja Muda Johor itu adalah simbolik kepada peralihan dan kesinambungan pewaris takhta Johor.
“Kita dapat melihat Raja Muda Johor, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail, diletakkan di antara takhta Sultan Johor dan takhta Permaisuri Johor.
“Ini jelas menunjukkan simbolik penting yang melambangkan kepentingan susur galur serta kesinambungan pewaris takhta di negeri Johor,” katanya.
Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim, yang diputerakan pada 10 Oktober 2017, merupakan putera sulung kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Setelah dimasyhurkan sebagai Raja Muda Johor, Tunku Iskandar kini secara rasmi menjadi pewaris kedua takhta kerajaan Johor, selepas ayahandanya, Tunku Ismail.
BACA: Tular video aduan pakej ‘travel’, rupanya ada plot twist