Bukan saja-saja dicipta, ini 5 fungsi buku pink ibu hamil

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Baru-baru ini, tular isu mengenai jenazah bayi yang dibekukan, dan cerita ini semakin berkembang apabila ada kenyataan yang mengatakan ibu bayi tersebut tidak membuka buku pink semasa hamil.

Hal ini menimbulkan pelbagai persoalan kerana buku pink dianggap sebagai โ€˜nyawaโ€™ bagi ibu yang sedang hamil.

Kenapa buku pink dianggap sebagai โ€˜nyawaโ€™ kepada ibu hamil? Berikut adalah penjelasan dari Dr. Samhan.

Pentingnya Ibu Hamil Membuka Buku Pink

Dr. Samhan telah berkongsi di laman X tentang kepentingan bagi bakal ibu untuk membuka buku pink seawal mungkin ketika hamil.

Malah, beliau turut menasihati suami-suami agar memberi perhatian lebih kepada kesihatan isteri yang hamil.

Bukan saja-saja dicipta, ini 5 fungsi buku pink ibu hamil

โ€œBuat bakal ibu, tolong buka buku pink seawal kehamilan. Saya bercakap sebagai seorang doktor, suami, dan bapa kepada tiga orang anak. Saya percaya ramai yang mungkin tidak menyedari betapa pentingnya buku pink ini. Kenapa buku pink sangat penting?โ€

Berikut adalah beberapa sebab mengapa buku pink itu sangat penting:

Rekod Kesihatan Lengkap

Semua maklumat penting seperti tekanan darah, ujian darah, dan perkembangan bayi dicatatkan. Ini memudahkan doktor untuk memantau keadaan kehamilan ibu.

Kesedaran Terhadap Komplikasi Awal

Risiko seperti anemia, diabetes, dan tekanan darah tinggi dapat dikenalpasti lebih awal dan rawatan boleh diberikan segera.

Mengesan Kecacatan Janin

Melalui imbasan dan pemeriksaan berkala, buku pink membantu doktor mengenal pasti masalah seperti cyclopia (cyclops), iaitu keadaan bayi dengan satu mata akibat masalah perkembangan otak.

Jadual Janji Temu Teratur

Buku pink mencatatkan semua tarikh penting bagi memastikan ibu tidak terlepas pemeriksaan yang diperlukan.

Persediaan Bersalin Lebih Selamat

Dalam situasi kecemasan, buku pink membantu doktor untuk membuat keputusan berdasarkan rekod lengkap kehamilan.

Jangan pandang ringan terhadap kepentingan buku pink! Adakah mahal untuk membuka buku pink dan melakukan pemeriksaan? Di klinik kerajaan, hanya RM1 untuk membuka buku pink. Kos ini sangat berbaloi demi kesihatan ibu dan bayi. Jadi, pastikan anda membuka buku pink seawal mungkin!

baca: Proton lancar kereta EV pertama, bakal jadi kenderaan rasmi ASEAN 2025