Bukan saja berkuasa, ini kecantikan passport Malaysia bawah sinar UV ramai tak tahu

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Seperti yang kita tahu, MyKad dan MyKid merupakan dokumen penting bagi rakyat Malaysia ketika berada di dalam negara.

Namun, apabila kita melangkah ke luar negara, pasport menjadi “kad pengenalan” kita di mata dunia.

Menariknya, pasport Malaysia bukan sekadar pasport biasa. Ia tersenarai antara pasport paling berkuasa di dunia,

menduduki tempat ke-10 dalam *Senarai Kedudukan Kuasa Pasport Global 2024*.

Dulu, ramai yang menganggap pasport hanyalah “buku merah” biasa, tetapi kini pasti ramai yang terpesona dengan keindahan pasport Malaysia.

Bukan saja berkuasa, ini kecantikan passport Malaysia bawah sinar UV ramai tak tahu

Baru-baru ini, satu video tular di TikTok oleh pengguna @bahjahhabil yang memaparkan keunikan pasport Malaysia apabila disinari cahaya UV.

Siapa sangka, pasport yang kita guna untuk melancong ini sebenarnya penuh dengan ciri-ciri unik dan berwarna-warni. Setiap helaiannya memaparkan motif dan imej yang menggambarkan keindahan budaya serta identiti Malaysia.

@thaqibshaker Jom kita kuatkan negara kita dalam sebenar aspek seperti mana kuatnya pasport kita! #fyp #foryou #malaysia #CatchTheLastInches #passport ♬ original sound Shaker – Thaqib


Ada gambar masjid yang indah, ikon-ikon terkenal, dan warna-warna terang yang hanya dapat dilihat apabila disinari cahaya khas ini.

Menjenguk ke ruangan komen, perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang terkejut dan kagum dengan reka bentuk pasport Malaysia, terutama mereka yang tidak pernah menyangka betapa cantiknya pasport kita di bawah cahaya UV.

“Cantiknya, baru tahu pasport kita macam ni,” kata seorang pengguna.

“Patutlah renewal mahal, tapi memang berbaloi, cantik,” komen seorang lagi.

“SubhanAllah, cantik dengan gambar masjid-masjid, memang sesuai dengan negara Islam,” tambah seorang netizen.

“Selalu puji negara lain, tapi rupanya pasport kita pun hebat,” kata seorang lagi.

Pasport kita bukan sahaja berfungsi sebagai dokumen perjalanan, tetapi juga menyimpan identiti dan budaya negara yang kaya dan indah. Setiap helaian yang direka dengan teliti ini mengingatkan kita betapa istimewanya Malaysia.

Kita sering terpesona dengan keindahan negara luar, tetapi sebenarnya, Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Jadi, marilah kita berbangga dengan apa yang kita miliki.

BACA: Baru je sampai Lebanon, 4 anggota Malbatt Malaysia cedera serangan udara Israel