Bukan Mohammad Ariff tak bagus, beliau dilantik semasa PH – Wee Ka Siong

Bukan Mohammad Ariff tak bagus, beliau dilantik semasa PH – Wee Ka Siong

Tan Sri Mohammad Arif Md Yusof yang dikosongkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat sebentar tadi bukan tidak bagus menjalankan tugasnya.

Sebaliknya, kata Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong (MCA- Ayer Hitam), lantikan Mohammad Ariff dibuat ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

“Bukan Mohammad Ariff tak bagus, beliau dilantik semasa PH,” katanya menerusi catatan di Instagramnya sebentar tadi.

Menurutnya, kerajaan PH tumbang selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan Perdana Menteri pada 24 Februari 2020, kerajaan hari ini mahu individu yang lebih baik diangkat sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Ia bagi memastikan segala urusan antara Dewan Rakyat dengan kerajaan sebagai badan eksekutif berjalan lebih lancar,” katanya.

Terdahulu usul mengosongkan jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diluluskan apabila mendapat 111 undian.

Sidang Dewan Rakyat ditangguhkan ke jam 2.30 petang bagi meneruskan usul pencalonan Datuk Azhar [email protected] sebagai Yang Dipertua yang baharu.

Berita penuh :

https://www.sinarharian.com.my/article/91967/BERITA/Politik/Bukan-Mohamad-Ariff-tak-bagus-beliau-dilantik-semasa-PH

COMMENTS