Bukan masanya untuk PRU – Tun M

Bukan masanya untuk PRU – Tun M

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat adalah tidak sesuai untuk melaksanakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika ini memandangkan negara masih berhadapan dengan jumlah tinggi kes harian jangkitan Covid-19.

“Saya berpendapat daripada pengalaman kita ketika di Pilihan Raya Negeri Sabah, apabila diadakan PRU nanti, maka wabak Covid-19 ini akan merebak sehingga sekarang ini tidak berhenti.

“Jadi, kalau kita adakan PRU sekali lagi, mungkin 50 peratus daripada kita akan terkena Covid-19,” katanya.

Ditanya pemberita selepas melancarkan platform e-dagang, Herbee oleh The Human Life Advancement Foundation (HLAF) and Dropee di Putrajaya hari ini, sekiranya beliau akan bertanding pada PRU15, Dr Mahathir secara berseloroh berkata:

“Saya dah umur 95 tahun, tak boleh berjalan berapa betul dah, takkan nak suruh saya bertanding lagi.”

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/558597

COMMENTS