Luahan dan isi hatiku kali ini ialah tentang betul ke semua salah lelaki ?Kebanyakannya pergaduhan jantina yang melibatkan
dunia percintaan dan perhubungan ini ialah semua salah lelaki. Jarang aku lihat siapa yang perlu memperbetulkannya.
Sebanyak mana aku kenal perempuan mereka suka ghosting. Mereka akan beria-ria dulu dan selepas itu terus ghosting hilangkan diri.
Mereka cari lelaki selepas ditinggalkan ex tapi mereka membalasnya dengan cara ghosting.
Lagi terkilan mereka main dua kolam. Mereka mengharapkan pertolongan dari aku untuk rasa diri mereka perlu dihargai tapi mengejar yang lain.
Ada sesetengahnya mereka membodohkan diri mereka untuk lelaki yang ada girlfriend dan isteri. Dalam masa yang sama tuduh semua lelaki jahat dan mempergunakan mereka.
Mereka tak sedar perbuatan tersebut dah menyakitkan perempuan yang lain.
Bukan lelaki masalah sebenarnya.
Kau orang jangan buat lelaki yang kau rasa perlu ghosting dan datang balik cari. Lelaki yang bukan bergelar boyfriend orang atau suami orang.
Lelaki akan ada rasa penat dia. Penat menunggu dan penat dighosting.
Bukan masalah diri lelaki tadi tapi masalah datang dari diri kau orang yang tak tahu nak apa sebenarnya.
Lelaki yang dah ada lebih banyak perempuan dalam hidup dia orang hanya nak tubuh badan kau orang. Bukan cintakan kau orang.
Kau orang kena ingat lelaki yang dah biasa dighosting ini dia akan cari perempuan yang memahami dia.
Bukan hari ini jadi teman kau selepas 2 minggu atau sebulan jadi strangers. Lepas itu datang balik bila hati kau orang disakiti.
Dalam dia orang yang dah biasa di ghosting ini akan belajar jadi seorang yang introvert dan dah rasa tak perlulah ada kenal dengan sesiapa pun.
Mereka ini lagi hebat dari lelaki yang bergelar boyfriend orang atau suami orang. Mereka boleh berdikari di atas kaki sendiri tanpa bantuan seorang perempuan bergelar soulmate.
Kita boleh tengok contoh lelaki duda ditinggalkan isteri dua kali colonel sanders pengasas KFC.
Pengasas IKEA Ingvar Kamprad duda isteri dia tinggalkan dia dan anaknya sekali sampai tak ambil tahu. Dia berjaya buka IKEA.
Banyak lelaki yang ditinggalkan bukan sebab mereka kaki perempuan dan tak berjaya dalam hidup lagi dari segi ekonomi dia orang boleh berdikari di atas kaki sendiri dan berjaya disebabkan sifat seorang ayah yang hanya mementingkan anak.
Itu sifat perempuan mat salleh luar negara sampai anak sendiri pun tak nak jaga buang dekat bekas suami. Dia orang sana nak enjoy je.
Berbalik lelaki Malaysia yang di ghosting ini diri mereka dijadikan tempat balas kekecewaan mereka. Mereka tak buang pun nombor telefon lelaki tersebut. Bila tengah susah sakit datang cari.
– Cari diri sendiri (Bukan nama sebenar)