Bukan lagi galakan tapi wajib kerja dari rumah – Menteri Kanan

Bukan lagi galakan tapi wajib kerja dari rumah – Menteri Kanan

Pekerja sektor awam dan swasta bahagian pengurusan serta pengawasan dalam Zon Merah di kawasan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), diarah bekerja di rumah berkuat kuasa Khamis ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata arahan terbahar itu akan membabitkan satu juta pekerja di kedua-dua sektor di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah.

Menurutnya, keputusan itu dibuat menerusi Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mendengar pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai peningkatan kes jangkitan COVID-19 membabitkan pekerja di pejabat.

“Dulu saya kata kita galakkan (kerja di rumah). Sekarang bukan galakan. Kita arahkan. Jadi, maknanya ia adalah arahan.

“MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) akan keluarkan (senarai) sektor di bawah kementerian itu.

“KPPA (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam) juga akan keluarkan arahan untuk perkhidmatan awam. Jadi, ia (bekerja di rumah) bukan digalakkan lagi,” katanya pada sidang media harian, hari ini.

Ismail Sabri berkata, pekerja yang tinggal di kawasan Zon Merah juga perlu melakukan ujian saringan dan jika majikan mencarum dengan PERKESO, kos akan ditanggung.

“Pelaksanaan arahan ini akan berkuat kuasa bermula 22 Oktober (Khamis) sehingga pelaksanaan PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah tamat,” katanya.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/744127/kerja-dari-rumah-satu-arahan#

COMMENTS