Bukan hanya untuk kurus, intermitent fasting rupanya boleh tingkatkan fungsi otak

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Bagi umat Islam, puasa merupakan amalan tahunan yang wajib dilaksanakan sebagai salah satu rukun Islam yang ketiga.

Namun, terdapat juga yang memanfaatkan kaedah puasa untuk tujuan kesihatan, melalui amalan yang dikenali sebagai intermittent fasting (IF).

Ramai mengetahui bahawa puasa membawa pelbagai manfaat, seperti memberikan rehat kepada sistem pencernaan, mengawal berat badan, dan meningkatkan metabolisme.

Namun, terdapat perdebatan tentang keberkesanan IF, ada yang menyatakan ia tidak sesuai diamalkan, manakala ada yang mendukung manfaatnya.

Seorang pakar jantung, Dr. Onn Akbar Ali, berkongsi pandangan mengenai kebaikan intermittent fasting melalui akaun TikTok beliau:

Bukan hanya untuk kurus, intermitent fasting rupanya boleh tingkatkan fungsi otak

1. Perubahan Ketara pada Badan dan Wajah

Pengurangan pengambilan gula dan makanan berlebihan.

Apabila berpuasa, lemak dalam badan ditukar menjadi tenaga.

Apabila tubuh mengalami kekurangan kalori, badan akan memecahkan trigliserida (lemak tersimpan).

Asid lemak ini digunakan oleh otot dan tisu sebagai sumber tenaga.

Proses ini membantu pembakaran lemak dan penurunan berat badan, menjadikan penampilan lebih segar dan awet muda.

2. Pemikiran dan Otak Lebih Tajam

Meningkatkan fungsi otak dan daya ingatan.

Kepekaan insulin dalam otak meningkat, yang penting untuk pengaturan tenaga otak.

Apabila otak cekap menggunakan glukosa dan tenaga, ia berfungsi dengan lebih baik, meningkatkan fokus dan mengurangkan ‘kabut otak’.

Kajian juga menunjukkan IF boleh melambatkan risiko demensia dan penyakit Alzheimer.

Amalan IF bukan sahaja membantu tubuh menjadi lebih sihat tetapi juga meningkatkan fungsi otak.

3. Badan Lebih Cergas

Membantu menstabilkan tahap gula dalam darah, sekali gus mengelakkan peningkatan gula yang boleh menyebabkan keradangan dan keletihan.

Apabila gula dalam darah stabil, otot dan sendi tidak terdedah kepada tekanan oksidatif berlebihan.

Mengurangkan tahap keradangan dalam badan. Semasa berpuasa, tahap insulin menurun dan badan menghasilkan lebih banyak hormon seperti kortisol dan norepinefrin, yang membantu mengawal keradangan.

Keradangan yang rendah dapat mengurangkan rasa sakit otot dan sendi, menjadikan badan lebih cergas.

 

Cara-Cara Melakukan Intermittent Fasting

Sementara itu, seorang pakar kesihatan dan estetik, @DrSyai, berkongsi beberapa cara untuk memulakan intermittent fasting melalui akaun TikToknya:

1. Puasa Selama 16 Jam dan Makan dalam Tempoh 8 Jam (Window Period)

Pilih waktu makan dalam tempoh 8 jam, seperti:

– 9 pagi hingga 5 petang

– 10 pagi hingga 6 petang

– 12 tengah hari hingga 8 malam

Dalam tempoh berpuasa, elakkan makanan dan minuman bergula. Masih boleh minum air kosong, teh, atau kopi tanpa gula.

2. Pemilihan Makanan

Pastikan makanan seimbang dalam tempoh makan untuk hasil yang lebih baik dan berpanjangan.

Elakkan makanan tidak sihat, makanan proses, dan makanan tinggi gula.

3. Permulaan Beransur-ansur

Cuba selama 1 hingga 2 minggu dahulu.

Tingkatkan secara perlahan-lahan jika tubuh anda dapat menyesuaikan diri.

Intermittent fasting bukan hanya bermanfaat untuk kesihatan fizikal, tetapi juga memberi impak positif kepada fungsi otak dan kesejahteraan keseluruhan.

Dengan pendekatan yang betul dan pemilihan makanan yang sesuai, ia boleh menjadi amalan yang membantu meningkatkan kualiti hidup secara menyeluruh.

BACA: Datuk Seri Siti Nurhaliza menginap di hotel mewah Dubai RM30K satu malam!