Seorang lelaki di Indonesia menarik perhatian ramai selepas mendedahkan hobinya yang unik
iaitu mengumpul nyamuk yang ditangkap setiap hari, lapor saluran berita Tribunnews semalam.
Menerusi gambar yang dimuat naik di platform X oleh akaun adiknya @bbibibei,
koleksi nyamuk tersebut dipamerkan dalam sebuah buku menggunakan pita pelekat.
Setiap nyamuk yang dikumpul turut diberikan nama dan tarikh ‘kematian’.
“Abang saya menangkap nyamuk setiap hari dan segera memberi nama pada setiap nyamuk,” kata adiknya di X.
Menurut adiknya, rumah mereka sering diserang nyamuk, tetapi dia tidak menyangka bahawa abangnya mempunyai hobi yang pelik ini.
Perkongsian ini menjadi tular di media sosial, dengan ramai netizen terhibur dengan rutin harian lelaki tersebut.
“Bukan ‘Death Note’, tapi ‘Nyamuk Note’,” kata seorang netizen.
“Seorang ‘pembunuh’ yang suka mengabadikan pembunuhannya,” kata netizen lain.
BACA: Usahawan ‘lunyai’ dibelasah empat askar ketika makan soto di gerai tepi jalan