Buka tadika Julai ini dibimbangi dedah anak kepada jangkitan Covid-19

Buka tadika Julai ini dibimbangi dedah anak kepada jangkitan Covid-19

COVID-19: Adakah pembukaan prasekolah dan tabika 1 Julai ini satu tindakan tepat?

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengumumkan semua prasekolah dan tabika akan dibenarkan kembali dibuka bermula 1 Julai depan.

Ramai ibu bapa terkejut dan bimbang dengan keputusan kerajaan ini kerana risiko anak-anak mereka terdedah kepada jangkitan COVID-19 ini.

Pada 16 Mei lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dato Noor Hisham, menyatakan kanak-kanak dibawah usia 12 tahun adalah golongan berisiko tinggi menerima jangkitan COVID-19.

Menurut laporan, angka kanak-kanak yang telah dijangkiti COVID-19 agak tinggi dengan 317 kes melibatkan anak dibawah usia 12 tahun dan 112 kes adalah dibawah usia 4 tahun.

Apa yang menjadi kebimbangan ibu bapa dengan pembukaan ini ialah kemampuan guru untuk mengawal pergerakan serta aktiviti anak kecil yang sangat aktif dan lebih gemar untuk berinteraksi secara dekat dengan rakan-rakan mereka.

Pada pandangan anda, adakah pembukaan prasekolah dan tabika 1 Julai ini adalah satu tindakan tepat? Nyatakan pendapat anda dibawah.

Sumber :

COMMENTS