Budak sesak nafas dah setahun tak tahu punca, rupanya ada lintah gergasi melekat

Oleh INFORAKYAT

Budak sesak nafas dah setahun tak tahu punca, rupanya ada lintah gergasi melekat. Kanak-kanak yang berasal dari bandar Linchang, selatan China itu dibawa ke hospital untuk pemeriksaan doktor dam nedapatkan rawatan.

Menurut laporan Daily Star, semasa di hospital, doktor yang memeriksanya menemui seekor lintah gergasi melekat di bahagian trakea budak itu.

Doktor berjaya mengeluarkan lintah gergasi tersebut menggunakan sejenis alat khas dan apabila dikeluarkan mereka terkejut melihat lintah sepanjang 2.8 inci itu.

Budak sesak nafas dah setahun tak tahu punca, rupanya ada lintah gergasi melekat

Mereka berpendapat lintah gergasi tersebut kemungkinan besar memasuki saluran trakea mangsa melalui air kotor tidak dirawat yang diminum oleh budak tersebut.

Lintah gergasi 2.8 inci berjaya dikeluarkan

Menurut data WHO, terdapat 80% punca penyakit seperti hepatitis A, polio dan kolera berpunca daripada minum air kotor atau tidak dirawat.

Di kebanyakan tempat di negara Chinia, para penduduk sudah dinasihatkan supaya masak atau menjerang air dulu sebelum minum.

Bulan April lalu, budak berumur 9 tahun juga mengalami keadaan lebih kurang sama dengan budak ini, cuma bezanya lintah sepanjang 2 inci dikeluarkan dari hidungnya.

Orang ramai dinasihatkan supaya minum air bersih dan elakkan minum air kotor atau air yang tidak dirawat. Air paip seeloknya dimasak dulu sebelum ianya boleh diminum.

BACA:

Menteri disahkan meninggal dunia selepas kena tembak dengan pegawai polis

KWSP: Pengeluaran khas RM10,000 hingga RM30,000 sebelum aidilfitri