Kebiasaannya, majlis perkahwinan dihadiri bersama ahli keluarga atau pasangan yang sah.
Namun, bagi individu bujang, membawa kekasih atau tunang sebagai peneman sudah menjadi amalan biasa.
Seorang pengguna TikTok dengan akaun Bidadariabe baru-baru ini tular kerana menegur amalan tersebut,
Ada yang dianggap kurang sopan dan bertentangan dengan adab.
Menurutnya, majlis perkahwinan adalah acara yang berkat, dan kehadiran kita perlu membawa keberkatan.
“Tolong semua, jangan biasakan membawa teman lelaki, teman wanita, atau tunang—seseorang yang bukan mahram—
ke majlis perkahwinan. Majlis yang baik, dijemput dengan cara yang baik, maka datangilah majlis itu dengan cara yang baik,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa tindakan membawa pasangan yang belum ada hubungan sah boleh menimbulkan fitnah atau salah faham, terutama dalam suasana formal yang berkait rapat dengan agama dan adat.
“Menghormati majlis serta tuan rumah dengan hadir secara sopan dan mengikut syariat adalah tanda menjaga maruah diri dan orang lain,” tambahnya lagi.
Posting tersebut meraih lebih 170,000 tontonan, dengan komen netizen yang bercampur-baur. Ada yang bersetuju dengan pandangan itu dan menganggapnya sebagai peringatan bermakna, sementara yang lain kurang setuju kerana keadaan tertentu.
Antara komen:
“Setuju, ramai yang tak jaga ikhtilat. Terima kasih atas peringatan.”
“Ibu bapa pengantin suruh kami bawa pasangan sebab mereka nak berkenalan. Perlu ke tolak undangan?”
“Biasanya orang bawa pasangan untuk dapat aura kahwin tu.”
Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, pergaulan antara lelaki dan wanita hanya dibenarkan atas keperluan
darurat atau muamalat harian, selagi tidak melanggar batas syariat dan menjaga nilai adab.
Majlis perkahwinan bukan sekadar acara sosial, tetapi juga ruang untuk menghormati nilai agama dan adat.
Semoga kita semua terus menjaga adab dan keberkatan dalam setiap majlis yang kita hadiri.
BACA: 2 tahun aku kahwin dengan isteri pilihan ibu dan adik beradik aku, baru nampak belangnya