Budak menangis merayu nak sangat bela anak babi raih perhatian netizen

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang kanak-kanak menangis kerana mahu memelihara anak khinzir.

Video yang dikongsikan oleh pempengaruh Elly Emirza menunjukkan anak keduanya, Sara,

yang sedang menangis kerana ibunya tidak dapat memenuhi permintaannya untuk memiliki anak khinzir sebagai haiwan peliharaan.

Elly turut menjelaskan kepada Sara bahawa haiwan tersebut tidak boleh dipelihara dan haram disentuh oleh umat Islam.

“Kamu tahu tak, haram tu Sara. Lebih baik kamu pelihara anak cicak, anak tapir, atau anak musang.

Budak menangis merayu nak sangat bela anak babi raih perhatian netizen

Kamu ni kenapa? Kena banyak berdoa dan kembali ke jalan yang benar. Dah jauh sangat tu,” kata Elly.

Video pendek tersebut telah menerima 2.3 juta tontonan dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet, yang kebanyakannya terhibur dengan gelagat si kecil itu.

@ellyemirza weh sara pelik pada mail lagi😭😭😭 @Nurrifa Rich HQ ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Selain itu, ada juga yang mencadangkan kepada Elly untuk membeli ‘guinea pig’ sebagai alternatif haiwan peliharaan.

BACA: ‘Tiada common sense!’ Tular video lelaki degil bawa anjing masuk kedai makan