Budak 8 tahun antara tiga korban baharu COVID-19

Budak 8 tahun antara tiga korban baharu COVID-19

Sebanyak tiga lagi kematian termasuk kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dicatatkan hari ini dengan kesemuanya membabitkan warganegara di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan tiga kematian baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian berkaitan COVID-19 sebanyak 309 kes atau 0.7 peratus daripada keseluruhan kes setakat ini.

“Kes kematian ke-307 membabitkan kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang dilaporkan di Hospital Tawau.

“Kes ke-308 adalah seorang lelaki berusia 77 yang meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent. Mangsa mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, jantung dan buah pinggang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kematian ke-309 pula membabitkan seorang wanita berusia 63 tahun yang juga meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent.

Katanya, mangsa mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/754527/budak-lapan-tahun-antara-tiga-korban-baharu-covid-19

COMMENTS