Budak 2 tahun maut di restoran JB selepas jatuh kerusi

Budak 2 tahun maut di restoran JB selepas jatuh kerusi

Budak 2 tahun maut di restoran JB selepas jatuh kerusi. Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia selepas kepalanya terhentak ketika jatuh dari kerusi bayi di sebuah restoran dekat Taman Sutera di sini, petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang ketika kanak-kanak itu dikatakan sedang makan bersama keluarganya di restoran berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah, berkata siasatan awal mendapati, sewaktu makan mangsa menolak meja menggunakan kakinya menyebabkannya terjatuh bersama kerusi bayi berkenaan.

“Ketika terjatuh, kepala kanak-kanak itu terhentak pada lantai dan mangsa dikatakan menangis sebelum pengsan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kejadian disaksikan pekerja restoran terbabit sebelum bapa kanak-kanak itu bergegas membawanya ke klinik swasta, namun dinasihatkan doktor untuk dihantar terus ke hospital berikutan keadaannya dilihat serius.

Budak 2 tahun maut di restoran JB selepas jatuh kerusi

“Bapa kanak-kanak itu kemudian membawanya ke sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas,” katanya.

Beliau berkata, mayat kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

“Sehingga kini tiada sebarang unsur jenayah dikesan dalam kejadian itu, bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut

BACA:

Khabar angin parlimen bubar sebelum bajet 2023 makin kuat

Budak berlakon kena rasuk saka harimau, elak kena cekup dengan polis

Ludah masa konsert, netizen desak Noh Hujan buat ujian air kencing

CATEGORIES