Buaya berlegar-legar dalam parit buat warga Felda ketakutan

Buaya berlegar legar dalam parit buat warga Felda ketakutan

Buaya berlegar-legar dalam parit buat warga Felda ketakutan. Penduduk bimbang dengan kehadiran buaya bersaiz besar yang didakwa mendiami parit dalam kebun sawit di Ladang Felda Gugusan Adela, di sini.

Wakil Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Gugusan Adela, Afifi Ezuan Samsu, 31, berkata, kemunculan buaya itu dipercayai disedari semalam.

Katanya, sebelum ini, dia tidak pernah dengar mengenai buaya di kawasan itu.

“Tempat buaya itu dijumpai hanyalah parit dan tidak sangka ada buaya sebesar itu.

“Parit itu adalah tempat pekebun mengambil air untuk meracun dan membaja, jadi apabila tular video kemunculan buaya, pastinya saya dan penduduk merasa bimbang.

Buaya berlegar-legar dalam parit buat warga Felda ketakutan

“Saya tidak tahu bagaimana buaya sebesar itu boleh ada di parit. Kemungkinan buaya itu masuk untuk bertelur,” katanya.

Semalam tular video berdurasi 51 saat memaparkan kelibat buaya itu sebelum ia menyelam dan menghilang.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Aminuddin Jamin berkata, kawasan itu adalah anak sungai yang berhubung dengan sungai utama di Kota Tinggi.

“Ia habitat semula jadi buaya di daerah ini. Orang ramai diminta tidak mengambil tindakan provokasi yang boleh membahayakan diri dan segera menghubungi Perhilitan apabila terserempak dengan buaya,” katanya ketika dihubungi.

BACA:

Rihana Petra kongsi kisah Ismail Leon masuk tadika, tak sangka ini pula berlaku

Sebab RM50K, anak tetak ibu sampai mati, buang pulak dalam tong sampah

“Aku tarik rambut kau jumpa dekat set, jangan ingat kau bagus” – Ayda Jebat

CATEGORIES