“Buang je lah title daie tu”, Daie Syed dikecam selepas buat video dengan Anna

Buang je lah title daie tu Daie Syed dikecam selepas buat video dengan Anna

“Buang je lah title daie tu”, Daie Syed dikecam selepas buat video dengan Anna. Penceramah bebas dan penyanyi, Da’i Syed pernah mencetuskan kontroversi tahun lalu apabila dia didakwa telah mencabul dan melakukan persetubuhan luar tabii bersama seorang penuntut di kolej swasta. Namun pada Mei lalu, dia dilaporkan telah dibebaskan dari pertuduhan terbabit.

Baru-baru ini pula, nama Da’i Syed sekali lagi menjadi bualan ramai gara-gara video Tik Tok yang dirakamkan bersama-sama pelakon Anna Jobling. Memandangkan namanya yang bergelar sebagai penceramah bebas ini, ramai yang berasa kurang senang melihat video yang dikongsikan itu.

Menerusi video yang dimuatnaik di akaun Da’i Syed, kelihatan dia dan pelakon Anna Jobling duduk bersebelahan dengan jarak yang agak rapat pada satu sama lain. Bukan itu sahaja, penceramah bebas itu juga dilihat merenung pelakon jelita itu sambil tersenyum.

Di ruangan kapsyen, Da’i Syed menulis “Hi Melur” iaitu watak popular yang dilakonkan oleh Anna Jobling pada ketika ini. Rakaman video itu kemudian mengundang kritikan dari para netizen yang memerli gelaran Da’i yang disandang oleh lelaki tersebut.

Malah rata-rata netizen menganggap penceramah bebas itu seharusnya lebih tahu mengenai batas dirinya dan wanita lain. Dalam masa yang sama, netizen turut meminta Da’i Syed menjaga batasnya dan tidak mencemarkan nama penceramah lain sepertinya ini.

Buang je lah title daie tu Daie Syed dikecam selepas buat video dengan Anna

“Wawwww inilah dai islam kita berapat rapatkan saf.”

“Ikhtilat gone dai ke apa ke, salah tetap salah.”

“Mendatangkan fitnah.”

“Dah boleh buang dah title dai tu.”

BACA:

“Orang Kelantan dah boleh tengok Mat Kilau di TV”, Syamsul umum akan ditayang di Netflix

Baby Shima ada anjing peliharaan?

Maybank mula naikkan lagi BLR 25 mata bermula tarikh ini

CATEGORIES