‘Bossku is back’, Menteri jawab dakwaan pembebasan Najib Razak

Oleh AHMAD SULAIMAN

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan bahawa hukuman penjara Najib Razak akan dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan,

Yang kali terakhir dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sebelum penggal pemerintahan Baginda tamat hari ini.

“Tunggu kenyataan rasmi daripada Lembaga Pengampunan.

'Bossku is back', Menteri jawab dakwaan pembebasan Najib Razak

“Ya saya memang terlibat, (mesyuarat) semalam di Istana Negara,” katanya selepas pelancaran Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040.

Pada 10 Januari lalu, Shafee menyangkal laporan Channel NewsAsia (CNA) bahawa Lembaga Pengampunan akan bersidang pada bulan ini bagi membincangkan permohonan pengampunan diraja bekas perdana menteri itu.

Beliau menegaskan sidang lembaga itu dianggap sebagai rahsia penting, dengan identiti anggotanya dan tarikh mesyuarat tidak dihebahkan.

Pada 28 Julai 2020, Najib disabit kesalahan oleh Hakim Nazlan Ghazali, yang ketika itu adalah hakim Mahkamah Tinggi, kerana salah guna kuasa, pengubahan wang, dan pecah amanah jenayah dalam kes SRC International, melibatkan dana berjumlah RM42 juta.

Rayuan di Mahkamah Rayuan ditolak pada 8 Disember 2021.

Najib menjalani hukuman penjara 12 tahun pada 23 Ogos 2022, sejurus Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhirnya.

Umno sebelum ini menyatakan hasrat untuk mendapatkan pengampunan untuk bekas presidennya itu.

BACA: ‘Kalau dah jodoh tak kemana’, lelaki usia 86 tahun bergelar pengantin selepas setahun mengurat