Pelawak terkenal, Mamat Sepah, baru-baru ini memuat naik lirik lagu dari kumpulan rock legenda, Olan,
berjudul Hitam Manisan di Insta Story-nya. Perkongsian ini seakan memberi respon terhadap kenyataan rakannya di media sosial.
Bamat, yang nama sebenarnya Mohd Noor Murad, 38, meluahkan rasa ralat terhadap seseorang yang hanya ada di waktu susah tetapi tidak ketika waktu senang.
Perkongsian tersebut dibuat selepas Jep Sepahtu memuat naik hantaran meluahkan rasa ralat apabila merasakan namanya ‘ditunggang’
Dalam sebuah podcast yang melibatkan ahli kumpulan Sepah sebelum ini, iaitu Mamat dan Shuib.
“Dan kau bersuka ria dengan orang yang lain
Waktu susah kau cari aku
Waktu senang engkau tinggalkan aku.
Begitulah sikap mu tak tahu kenang budi,” tulisnya.
Shuib juga memuat naik satu hantaran ringkas dengan hanya menulis “A Plus”, namun tidak pasti ditujukan kepada siapa.
Walau bagaimanapun, kedua-dua hantaran tersebut tidak dapat dipastikan adakah ditujukan kepada sesama mereka atau hanya sekadar rawak.
Jep Sepahtu, penyampai radio Sinar FM, sebelum ini mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa sebuah podcast telah menokok tambah cerita dan bertanyakan semula jika mereka ingin ‘tunggang’ nama orang lain.
Jep juga membalas komen daripada netizen yang tidak bersetuju dengannya dengan mengatakan bahawa walaupun berbual adalah perkara biasa, adalah lebih baik tidak menipu dan ‘memetik’ nama orang lain sehingga mereka-reka cerita.
Untuk makluman, Jep dan Shuib pernah bersama dalam kumpulan Sepahtu sebelum bergerak tanpa Mamat.
Walau bagaimanapun, Mamat tetap menggunakan nama Sepah kerana itulah nama yang digunakan sejak awal kemunculan mereka dan telah menjuarai program realiti Raja Lawak 3 pada tahun 2009.
BACA: Tular video Leona pegang tangan dengan artis Indonesia, Azhar Sulaiman dapat menantu?