Bonnie bakal bergelar jutawan segera

ATLET para negara, Bonnie Bunyau Gustin akan menerima habuan RM1 juta selepas memenangi pingat emas pertama negara pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 menerusi acara powerlifting kategori bawah 72 kilogram (kg).

Pada aksi yang berlangsung di Tokyo International Forum itu, Bonnie melakukan angkatan dengan bebanan seberat 228kg, sekali gus mencipta rekod baharu temasya tersebut.

Justeru, berdasarkan Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) sedia ada, atlet yang berjaya meraih pingat emas akan menerima RM1 juta, RM300,000 perak dan RM100,000 gangsa sejak 2012.

Bonnie bakal bergelar jutawan segera

BONNIE meraih pingat emas dalam acara powerlifting kategori bawah 72 kilogram pada saingan temasya Paralimpik hari ini.

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin berkata, ganjaran yang akan diterima setiap pemenang pingat masih sama seperti edisi sebelum ini.

“Ya, ganjaran yang akan diterima Bonnie sebagai pemenang pingat emas masih sama seperti edisi Rio sebelum ini, iaitu RM1 juta. Bagaimanapun, kali ini ada sedikit penambahan daripada penaja.

“Oleh itu, setiap pemenang pingat akan menerima ganjaran daripada Majlis Sukan Negara (MSN) serta pihak kerajaan,” katanya kepada pemberita pada sidang media secara maya semalam.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau akan berbincang dengan pihak kerajaan berhubung ganjaran kepada setiap pemenang.

“Apa yang saya sering sebutkan, amat penting untuk kerajaan fikirkan langkah untuk mantapkan kebolehan atlet serta bagaimana mahu pastikan kehidupan mereka lebih terjamin selepas karier tamat.

“Saya akan berbincang dengan kementerian dan kerajaan untuk berikan ganjaran yang baik kepada atlet yang mengharumkan nama negara. InsyaAllah ada ganjaran itu dan kita akan umumkan kemudian,” ujarnya.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/28/bonnie-bakal-bergelar-jutawan/

BACA JUGA : Panas !!! Blogger dedah kabinet Ismail dapat ‘blessing’ Najib

CATEGORIES