‘Boleh tambah horsepower?’ Tak sangka ini fungsi sebenar butang shift lock pada gear

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Mungkin ramai yang tahu memandu kereta, tetapi tidak semua orang tahu tentang

fungsi-fungsi lain yang ada pada kereta, terutamanya pemandu wanita.

Bagi anda yang memandu kereta dengan transmisi automatik, pasti anda perasan terdapat butang shift lock di sebelah tombol gear.

Namun, adakah anda tahu apa fungsi sebenar butang shift lock ini?

Butang shift lock dicipta sebagai ciri keselamatan untuk mencegah transmisi daripada beralih dari posisi Park (P) tanpa mematuhi langkah-langkah tertentu

'Boleh tambah horsepower?' Tak sangka ini fungsi sebenar butang shift lock pada gear

Jika anda perlu menukar gear ke posisi Neutral (N), seperti ketika kereta perlu ditunda, inilah fungsi butang shift lock.

Berikut adalah beberapa langkah mudah untuk menggunakan butang shift lock:

1. Matikan enjin kereta dan pastikan gear berada pada posisi P.

2. Cabut kunci kereta.

3. Tekan dan tahan butang shift lock, sambil tarik tombol gear dan ubah ke posisi N (Neutral).

4. Setelah gear berada pada posisi N, lepaskan butang shift lock.

5. Lepaskan brek tangan dan biarkan kereta bebas bergerak.

6. Cuba tolak kereta untuk memastikan ia berada dalam posisi N atau Neutral.

Dengan langkah-langkah ini, anda boleh menolak kereta jika bateri kong atau dalam situasi lain yang memerlukan. Semoga maklumat ini memberi pencerahan kepada anda.

BACA: ‘Saya letak jawatan bukan sebab Zahid, tetapi sebab..’ Tun M jawab Zahid Hamidi