Boleh ke kita solat subuh tapi tak baca doa qunut? Sah ke tak solat? Sekali ini jawapan Ustaz.
Di sini disertakan dalil membaca qunut ketika solat subuh kerana ada yang mengatakan qunut subuh ini tidak ada hadisnya.
📌 Membaca doa qunut ketika solat subuh adalah sunat ab’ad iaitu sunat yang besar pahalanya.
Tetapi jika tidak membacanya maka solatnya tetap SAH kerana membaca doa qunut bukannya rukun solat atau syarat sahnya solat.
Jika seorang itu tertinggal membaca doa qunut maka disunatkan ia sujud sahwi sebelum salam.
Dan jika tertinggal juga sujud sahwi tersebut maka solatnya itu tetap sah.
Imam Tirmizi meriyatkan dalam sunannya telah berkata Sufyan At-Sauri:
إِنْ قَنَتَ فِي الفَجْرِ فَحَسَنٌ، وَإِنْ لَمْ يَقْنُتْ فَحَسَنٌ
Maksudnya: “Jika seorang itu membaca doa qunut pada solat subuh maka adalah elok dan jika dia tidak membacanya maka ia adalah harus (yakni sah solatnya).”
📌Antara dalil doa qunut ketika solat subuh ialah:
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata Al-Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan dalam kitab musnadnya:
مَا زَال رَسُول اللَّهِ يَقْنُتُ فِي الْفَجْرِ حَتَّى فَارَقَ الدُّنْيَا
Maksudnya: “Rasulullah SAW sentiasa membaca qunut pada solat subuh hingga baginda wafat.”
Dan diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a. katanya:
أَنَّ النَّبِيَّ قَنَتَ شَهْرًا يَدْعُو عَلَيْهِمْ ثُمَّ تَرَكَهَ فَأَمَّا فِي الصُّبْحِ فَلَمْ يَزَلْ يَقْنُتُ حَتىَّ فَارَقَ الدُّنْيَا
Maksudnya: “Sungguhnya Nabi SAW membaca qunut selama sebulan mendoakan ke atas mereka kemudian meninggalkannya. Dan ada pun pada solat subuh maka Nabi SAW sentiasa membaca qunut sehingga baginda meninggalkan dunia.” [Hadis Riwayat Baihaqi]
Para ulamak berbeza pendapat dalam pada hadis tersebut.
BACA:
Kesilapan dari Bank, Lelaki ini terkejut RM208 billion masuk dalam akaunnya sekali ini yang terjadi