Boleh ganggu keseimbangan bumi, ini yang bakal terjadi pada bumi jika tahun lompat tak wujud?

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Seperti yang kita tahu, biasanya kalendar mempunyai 365 hari dalam setahun, kecuali pada tahun lompat.

Setiap empat tahun sekali, jumlah hari dalam tahun lompat akan bertambah satu hari, menjadikannya 366 hari dalam setahun.

Hari tambahan ini jatuh pada bulan kedua, tepatnya pada 29 Februari, seperti yang kita lalui baru-baru ini.

Boleh ganggu keseimbangan bumi, ini yang bakal terjadi pada bumi jika tahun lompat tak wujud?

Namun, pernahkah anda terfikir, apa yang akan berlaku jika tiada tahun lompat? Apakah kesannya terhadap kalendar kita selepas itu?

Kali ini, mari kita kaji beberapa situasi yang mungkin berlaku jika kita tidak mempunyai hari tambahan dalam kalendar setiap empat tahun.

Apa yang akan berlaku tanpa tahun lompat?

Sebelum kita meneruskan, penting untuk difahami bahawa setahun dengan 365 hari mengambil kira masa yang diperlukan Bumi untuk mengelilingi Matahari.

Namun, angka 365 adalah pembulatan yang tidak tepat. Mengapa begitu?

Ini kerana masa yang sebenarnya diperlukan Bumi untuk menyelesaikan orbit mengelilingi Matahari adalah 365.242190 hari, atau lebih tepatnya 365 hari 5 jam 48 minit dan 56 saat.

Menurut NBC Chicago, baki waktu ini, dikenali sebagai “sidereal”, perlu diambil kira dalam pengiraan, kerana jika tidak, musim akan bergeser seiring berjalannya waktu. Misalnya, musim panas yang biasanya bermula pada bulan Jun (hemisfera utara) akan bergeser sehingga bermula pada Disember selepas beberapa ratus tahun.

Situasi ini tentu akan menimbulkan masalah dalam banyak perkara, termasuk penentuan tarikh sambutan perayaan dan perubahan musim setiap tahun.

Sambutan Krismas pada musim panas

Contohnya, sambutan Krismas pada 25 Disember yang selalunya berlaku pada musim sejuk setiap tahun, akan bergeser sehingga disambut pada musim panas tanpa salji.

Jadi, tahun lompat sebenarnya memainkan peranan penting dalam memastikan kitaran tahunan sejajar dengan musim secara konsisten.

Tanpa mengambil kira masa tambahan yang berlaku setiap tahun, kita akan melihat perubahan musim pada bulan yang tidak sepatutnya.

BACA: “Baru je 4 bulan suami kahwin dengan ustazah tu, dia tiba-tiba merayu nak balik kepada aku dan anak selepas dia ceraikan”