Boleh cuba resipi Cara Berlauk, Kuih kegemaran orang Kelantan

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Bagi yang berkunjung ke negeri di pantai timur terutamanya Kelantan mesti pernah melihat kuih cara berlauk di jual di pasar.

Kalau lihat dekat kedai tepi jalan juga banyak menjual, kuih ni nampak meriah dan sedap dinikmati semua peringkat umur.

Kuih cara berlauk digelar sedemikian kerana ia kelihatan dengan kuih cara tetapi mempunyai inti daging atau lauk lain.

Boleh cuba resipi Cara Berlauk, Kuih kegemaran orang Kelantan

Ikuti resipi asal Roslina Shaari Ina Kie yang dikongsi Auni Page di halaman Facebook ‘Resipi Mama’.

Resipi kuih cara berlauk

Guna trio cupcake. Mudah dan tak melekat.

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 cawan santan
  • 3 cawan air
  • 1 sudu minyak masak
  • Secubit garam
  • Pewarna kuning

    Kisar semua bahan di atas guna blender.

Persediaan inti cara berlauk:

  • 2 cawan daging yang telah direbus n cincang halus
  • 1 biji bawang besar(potong dadu)
  • 3 ulas bawang putih(potong dadu)
  • Carrot sagat secukupnya
  • 3 sudu rempah kari daging
  • 1 sudu cili kisar

Daun sup

Cili besar merah

Bahan lain:

  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:

Panaskan minyak dalam 3 sudu besar

Tumis bawang putih dan bawang merah.

Bila kekuningan masukkan rempah dan cili kisar tadi. Tambah sedikit air dan masak hingga rempah pecah minyak

Kacau dan masukan daging rebus yang dicincang, perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.

Masukkan lobak merah dan kacau sebati, biarkan kering sedikit sebelum angkat dan sejukkan.

Tuang bancuhan tepung dalam trio cupcake maker yang telah di sapu minyak.

Masukkan bancuhan tepung. jangan penuh sangat sebab nak letak inti. Biar sekejap baru letak inti, cili merah dan daun sup.

Tutup trio cupcake maker tu.

Anggaran 5 minit kuih cara berlauk pun masak.

Kuih akan mengembang maknanya dah masak.
Selamat mencuba!

Baca juga: Tular wanita mengamuk marah makcik driver bas tak buka pintu ketika berhenti, tapi netizen ‘backup’ pemandu