Bodyguard Fazura tampil bersuara jawab tuduhan teman lelaki Fazura

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Bodyguard kesal dituduh sebagai teman lelaki Fazura dalam ruangan komen yang ditulis oleh seorang individu di platform TikTok.

Pengawal peribadi kepada aktres terkenal Nur Fazura, Shahaszrin Mohd. Sabiruddin, meluahkan rasa kecewanya

Terhadap komen seorang netizen yang menuduhnya sebagai teman lelaki majikannya.

Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Shahaszrin berkongsi beberapa tangkap layar yang menunjukkan

netizen menuduhnya sebagai teman lelaki Fazura ketika ditemu bual oleh pihak media di mahkamah baru-baru ini.

Bodyguard Fazura tampil bersuara jawab tuduhan teman lelaki Fazura

“Jangan menangis. Boyfriend (teman lelaki) kat belakang tu,” komen seorang netizen.

Kesal dengan komen tersebut, Shahaszrin membidas individu berkenaan dan menegaskan bahawa tuduhan itu adalah fitnah.

“Ikut sedap saja nak tulis, kan. Standby (siap sedia) ya mak cik. Jangan nanti kata cucu yang main TikTok. Mak cik dah fitnah saya. Mak cik tahu apa yang perlu dilakukan kalau tak nak benda ini jadi panjang,” tulisnya.

Sebagai maklumat tambahan, Shahaszrin telah lama berkhidmat sebagai pengawal peribadi kepada Fazura dan suaminya, Fattah Amin, sejak beberapa tahun lalu.

BACA: Jangan ambil mudah bila tangan kerap berpeluh, segera jumpa doktor, mungkin penyakit ini menyerang anda